Hello semua.Harini dato mahu buat sedikit review mengenai Smartphone baharu dato Xiaomi Redmi Note 3.Dato beli Henphone ni hari ahad lepas dari AlShafie Gadgets di Facebook dengan harga promosi.Dato dapat henpone ni hari selasa 15/11/16 dengan harga RM510 termasuk postage.Take note ini ialah harga promosi Lazada 11.11 jumaat lepas.But dato tak beli via lazada, instead Dato beli via official Xiaomi reseller Alshafie Gadgets di Facebook dengan harga RM510 tadi tu lah.Harga sebenarnya Henpon ni RM699 untuk 2GB RAM/16GB storage dan RM799 untuk model 3GB RAM/32Gb Storage.
Dato beli versi 2GB RAM/16 GB Storage sebab model ni sahaja yang ada promosi Lazada RM499 dan reseller Xiaomi Abg Alshafie Gadgets RM510 with postage.
Okey,Kotak Henphone takda apa yang special.Merupai macam kotak iPhone,Dato lebih prefer jika kotak Henphone ni macam kotak Xiaomi Redmi Note 4G lama dato atau kotak Yi Cam 1st generation 2K.Corak seakan gabus kayu nampak lebih premium dan menarik bagi dato lah haha
Jadi apa yang korang akan dapat ialah Henphone Note 3 tu sendiri,Cable,Power brick,Simcard tray opener & buku panduan manual
On Henphone buat Kali pertama mmg best gila dan syok.Tapi ia amik masa sangat lama untuk register semua.But once completed,semua nya cepat dan laju.
Body Henphone made from metal aluminium so nampak premium dan berkualiti.Bahagian upper serta bawah Henphone diperbuat dari plastik. Xiaomi Redmi Note 3 datang dalam 3 warna iaitu Gold,Dark silver & Silver.Dato pilih Gold sebab nampak lebih premium dan unik.Warna silver tu dah mainstream kat Henphone lain.
Nak masukan simcard di bahagian tepi Henphone belah kiri perlu mengunakan kunci special yang disediakan.To be honest dato tak suka cara bukak guna kunci ni.Susah Gila & ketat.kena hati2 dan perlahan sebab kita taknak patahkan kunci tu and the phone self.Amik masa 1 minit untuk dato fahamkan macam mana nak bukak.Very clueless.Manual book pon tak explain cara nak bukak.But once dah tau.Amik masa less then 5 second untuk bukak slot tray tu.Take not slot simcard dia ialah hybrid.So kita ada option untuk letak simcard dan SD card atau 2 bijik simcard sekali Gus atau 2 SD card sekali gus.Again very disappointed dengan hybrid slot card ni.Tapi 1 Simcard & 1 SD card dah cukup sebenarnya.
Okey lets talk about performance.Like I mention earlier,Terdapat dua jenis model untuk note 3 which is 2GB Ram & 3GB Ram.
Jadi dato punya is 2GB Ram.Xiaomi Note 3 versi 2GB Ram pakai Qualcomm 650 Snapdragon system dengan processor Hexa Core 1.8GHZ.Jadi Henphone ni tidak mempunya sebarang masalah serta lag dalam gaming dan multi tasking.Even my old Note4G cuma ada Qualcomm Snapdragon MSM8928 dengan Quad core 1.6GHZ processor.So note 3 guna latest Snapdragon serta processor Hexa Core yang jauh lebih laju dari processor Quad core lama tu.Selain itu,Storage note 3 versi 2GB RAM cuma 16GB sahaja berbanding versi 3GB RAM mempunyai 32GB storage capacity.Jadi 16GB dengan total apps yang dah ada dalam phone ni kita cuma ada 7.5GB pure free space.So 8.5GB yang selebihnya telah digunakan untuk build in apps serta system Henphone ni.Thats why dato lebih prefer versi 3GB Ram.Tapi apakan saya,duit pon takda haha.Tapi jangan risau,Dengan slot hybrid yang ada,kita boleh up kan file storage dengan masukan SD card ke dalam Henphone ni.And as far as I know,Phone ni boleh support 128GB of SD Card Storage.Jadi dengan size 128GB campur 7.5GB yang ada,Dato rasa ia lebih dari cukup.kalau tak cukup,tak tau lah haha.
Battery pula absolutely tahan lama.Kalau Henphone Note 4G lama dato boleh dapat dalam 4-5 Jam main straight non stop online di FB.Tapi Note 3 dengan capacity 4050mAh dato boleh dapat 8 Jam online di FB.So far tk pernah main sampai 10% lagi.
System battery saver yang ada kat Henphone ni far more better dari Henphone lama dato since dia automatic shut background apps yg tk perlu run.Downside about the battery cepat panas jika main High end grafics game.Luckily ada notification tentang temperature Henphone.Jika terlalu panas dia akan kasi notification utk kita Optimise performance battery so Henphone akan cool down.
xiaomi Note 3 Kali ni datang dalam screen display 5.5 inch dengan resolution 1080p Full HD IPS Display.Jadi for me noting special sangat.But new things for me sebab resolution dia ialah 1080p Full HD.Note 4G lama dato cuma 720p sahaja.Takde IPS display.But size tetap sama 5.5 inch
okey bawah ni Spec Henphone Note 3 versi 2GB
Alright,apa yang paling menarik kat Henphone Note 3 ni buat dato ialah system cap jari dia.Ni Henphone pertama dato yg ada system fingers Print scanner. Finger Print Scanner dia sememangnya tepat dan jauh lebih laju dari iPhone 6S Plus.Cuma nk register jari kita amik masa sedikit since dia nak betul2 scan jari kita dengan keseluruhanya.Kedudukan Finger Print sensor Note 3 berada di bawah lens camera
And now let's talk about camera.Rear Camera kat note 3 is 16MP dengan PDAF manakala front camera hanya 5MP standard seperti model redmi yang lain.Camera quality definitely perfect for me.Dengan resolution 16MP,Xiaomi juga kini kasi option kat user untuk setting jumlah Contrast,Saturation,Sharness serta quality gambar.But in stock setting.Gambar yang diambil kelihatan over saturated.Jadi setting yang dato buat ialah Low utk saturation jadi baru dapat pure true color kat dunia sebenar ni haha.Selain itu,Note 3 mampu record video dalam format 1080p in 30FPS if not mistaken.User juga boleh record slow mo serta time lapse.Tapi di dalam forum xiaomi,mereka recommend kepada user untuk guna SD Card yang berkualiti jika mahu record time lapse so performance Henphone tidak terganggu.Lens pada camera Note 3 juga ada system Phase Detection AutoFocus PDAF.Jadi ia mengambil 0.1 saat utk focus pada sesuatu object yang mahu disnap.System PDAF ni juga digunakan dalam camera DSLR.So xiaomi Note 3 ni dikategorikan sebagai "pocket DSLR" oleh xiaomi. Camera note 3 juga mempunyai dual Image Signal Processor yang akan mengurangkan Noise pada gambar & meningkatkan Contrast dengan cara Tone Mapping.Note 3 juga ada 2 tone white/red flash light utk kasi lebih control pada Warna lighting.Selfie camera juga kini ada improvement dengan Beauty mode so bagi mereka yang gemar berselfie akan kelihatan cantik.So tk perlu install Beauty app lagi.Cuma down side pada camera Note 3 ni contrast adjustment dia terlalu laju.Kalau kita record atau ambil gambar di kawasan yang bercahaya & kurang cahaya,contrast dia akan automatic change it for you.Tapi terlebih "automatic".So kalau nk snap photo kena tap fokus betul2 di kawasan yang betul2 kita nak utk elakan over correction contrast.
But overall.Gambar setaraf iphone dan samsung I would said.
Yang paling cool ialah Xiaomi Redmi Note 3 run on 650 Snapdragon yang direka untuk record dalam resolusi 4K.Tapi default system hanya allowed user record dalam HD 1080p.Jika user install Google Camera,App ini akan kasi option utk record dalam 4K UHD.Yes mmg pure 4K.Tapi kena download apps ni di website APK kerana ia adalah private app.So kena cari.Apps ni juga bole mengambil gambar dalam mode 360 degrees.But kalau nak record 4K,Its recommended to uses SD Card since 4K footage mempunyai file yang amat besar.
Jika korang guna Samsung J7 ke,atau note 4G ke mmg takde option 4K.Install lah app ni skali pon,Option yg dia akan kasi is only 1080p base on your camera dan System.Kalau phone korang mempunyai system yang support 4K,Google Camera mesti tunjuk option 4K.So far dato belum record 4K video lagi dengan phone ni
Okey,bawah ni sample photos yang diambil oleh Note 3 tanpa sebarang edit
Bawah ni pula gambar yang telah diedit guna apps Photo Director dan Pixlr.Cuma ada dua ja yang dah edited
Audio quality kat xiaomi Note 3 Kali ni lebih kuat dan jelas.Cuma bass agak rendah & treble sedikit tinggi.Speaker grill kini di tengah.Dan Xiaomi letak sedikit bonjolan yang timbul di bawah Speaker supaya Henphone ni terangkat dan duduk di atas bojolan tu so bunyi Speaker takkan tertutup jika Henphone ni diletakan pada flat surface.Genius!
Tapi jika korang guna headphones,Korang akan dapat setting Equalizer kat sound system.So boleh adjust bass,treble semua ikut masing2 punya cita rasa.User juga boleh guna preset yang dah sedia ada kat Equalizer mcm pop,rock,dance,electronic dan lain2.Jika guna Xiaomi headphones,Korang boleh setting lebih mendalam lagi.Cuma yang kureng kalau dengar lagu,ia akan tutup skali jika kita clean background apps.Sebab feature MIUI8 Kali ni sedikit lain.So kena setting.Tapi still tk jumpa mcm mana nk elakan music tertutup skali dengan clean up background apps
xiaomi Redmi Note 3 kini run on MIUI8 system.So banyak function yang ada pada Note 3.Korang boleh kawal TV dengan Henphone ni sahaja.Ada app yang dipanggil Remote.Screen display juga boleh di adjust contrast/saturation utk jadi lebih warm atau sejuk ikut masing2.User juga boleh tekan mode Read dan screen akan bertukar menjadi kekuningan.Jadi user boleh membaca apa2 tulisan di screen or online scroll di FB mcm biasa di tepat yang gelap dan takkan merosakan Mata korang akibat brightness yang kuat.So mode Read akan re adjust brightness serta contrast screen.
Jadi dengan performance yang available kat Henphone ni dengan harga yang setimpal,Dato kasi 9/10 untuk Henphone ni.I would love if Xiaomi betulkan camera tu sedikit lagi especially Contrast adjustment dan letak Image stabilisation terus utk tingkat kan kualiti Camera.Dan harap xiaomi letak terus option 4K jika device tu capable dan support 4K footage
Tq kerana sudi membaca