Hello semua,harini saya akan cerita serba sedikit kebolehan telefon pintar Xiaomi Note 3 dalam mengambil gambar pada waktu malam/kondisi kurang cahaya.Dalam review saya mengenai telefon ini (post lepas) ,saya menyatakan yang Note 3 sangat teruk amik gambar pada waktu malam.Tapi gambarnya sangat cantik di waktu pagi.
Jadi saya berpendapat mungkin ia kerana masalah Software & bukan masalah hardware kerana Xiaomi Mi ade settings manual dalam stock camera,but not for Redmi series.Jadi saya cari apps yang percuma kat playstore yang ade manual setting utk camera,dan apps Bacon Camera is the answer!
Saya tengok sedikit video tutorial kat YouTube macam mana nk ambil gambar astrography yang cantik,tapi apps camera ni layout dia agak lain.Mostly mereka setkan exposures dalam 30 saat.Di Bacon apps ade shutter speed.Dan nombornya agak sama dengan exposures,tapi saya tak tau apa sangat bab gambar.Saya pon masih newbies,tapi still faham sedikit apa iso,wb semua tu
Hasil gambar yang saya snap dengan setting yang saya buat mmg marvellous outcome dia! (puji diri sendiri).Macam DSLR dah ,takde dah resolusi retak.So setting yang sesuai utk amik gambar orang,bangunan,view pada waktu malam ialah
ISO 200
WB 4000
Focus Infinite
Speed 1/7
Tu setting yang saya pakai utk amik gambar bangunan,org semua,setting utk snap bintang di langit pon boleh aje,tapi saya tk jumpa "sweet spot" utk setting manual,but so far setting mcm ni is the best la
ISO 800 atau 1600
WB 4000
Focus Infinite
Speed 1/7 atau 1/2
Speed tu akan buat cahaya yang kecil dalam gambar menjadi lebih terang,tapi saya tk pasti samada 1/7 yang buat lagi terang atau 1/2 sebab setting 1/10 gambar mcm biasa,1/2 pula terang.So pandai2 lah korang main ngan setting manual.Bole je tengok tutorial macam mana photographer professional setting camera mereka
kat bawah ni sample gambar yang diambil mengunakan bacon camera dengan setting berbeza (tanpa edit)
(hanya gambar KL Tower yang atas ni je snap guna stock camera xiaomi Note 3.Anda boleh lihat perbezaan kualiti dia dengan gambar KL Tower di bawah yang di snap dengan bacon yg telah di setting manualnya)
okey guys,terima kasi kerana sudi membaca blog saya.Harap article ini dapat membantu anda utk menyelesaikan masalah gambar buruk pada wkatu malam!